top of page
Search
  • anakalias98

Isu Hak Cipta Terpelihara

Updated: May 23, 2019




Teknologi maklumat dalam pendidikan kian berkembang mengikut peredaran masa terutamanya di laman sesawang seperti Internet, WorldWideWeb (www), CD-ROM dan Video disc. Sebarang kajian tentang isu-isu ini perlu diambil kira supaya dapat melindungi hakcipta terpelihara hasil dan produk orang lain.


 

1. Hak Cipta Terpelihara

Hakcipta terpelihara merupakan hak eksklusif pemilik terhadap sesuatu bahan-bahan atau keluaran ciptaan mereka. Undang-undang Malaysia telah mengeluarkan satu Akta Hak Cipta 1987 bertujuan untuk melindungi hak cipta mana-mana pihak. Hak-hak cipta ini merangkumi :

*Karya sastera

*Muzik

*Seni

*Filem

*Rakaman bunyi

*Siaran dan terbitan


Bagi mendapatkan perlindungan dibawah akta ini, beberapa syarat perlulah dipenuhi oleh pihak tertentu

-Usaha yang mencukupi untuk menjadikannya karya yang asli

-Karya tersebut tertulis atau direkod

-Penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dianut di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia


Mengapa perlunya Akta ini ?

Ianya bertujuan untuk mengawal penggunaan karya bagi satu tempoh yang diberikan melalui hak ekslusif yang telah diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya tersebut. Selain itu, akta hak cipta 1987 ini juga penting untuk memberikan perlindungan kepada pemiliknya supaya karya mereka tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa mendapatkan kebenaran pemiliknya sendiri.


Apa itu koleksi bebas daripada royalti ?

Koleksi bebas daripada royalti ialah koleksi bahan media dalam CD-ROM yang mana ianya berbeza daripada satu koleksi dengan yang koleksi yang lain. Ianya tidak mempunyai had penggunaan atau sebaliknya.


Secara kesimpulannya, para pendidik seharusnya menggunakan bahan-bahan daripada internet dengan cara yang betul. Sumber tersebut tidak boleh dimuat turun atau diedarkan tanpa mendapatkan kebenaran daripada pemiliknya.


Sebarang perlakuan yang melanggar hak cipta contohnya mengeluarkan semula bahan-bahan tersebut dalam pelbagai bentuk. Ianya amatlah salah untuk seorang guru mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta.



28 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page