top of page
Search
  • anakalias98

Isu keselamatan

Updated: May 23, 2019



 



Keselamatan di dalam makmal khususnya amatlah perlu diambil berat oleh setiap pelajar dan guru. Sebagai orang yang bertanggungjawab atas keselamatan pelajar, guru-guru haruslah peka dengan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Pendidikan teknologi dan komunikasi selalunya dijalankan di dalam makmal komputer.

Antara peraturan asas yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar ialah memastikan perkakasan komputer dijaga dengan baik. Ianya kerana perkakasan komputer dapat digunakan dalam tempoh yang lama jika mendapat penjagaan yang sepatutnya. Selain itu, harga bagi setiap perkakas komputer juga agak mahal untuk dibeli dan dibaiki. Antara contoh perkakasan komputer ialah skrin, papan kekunci, PC dan lain-lain. Oleh itu, semua pelajar dan guru perlulah lebih peka dengan peraturan-peraturan di dalam makmal.


Sebarang kerosakan yang berlaku di dalam makmal dapat menyebabkan bahaya kepada para pelajar dan guru. Ianya kerana komputer merupakan alat yang menggunakan kuasa elektrik. Oleh itu, sebarang kerosakan dapat mendedahkan pengguna kepada bahaya. Contohnya pelajar berkemungkinan terkena renjatan elektrik sekiranya terkena bahagian-bahagian rosak yang mempunyai arus elektrik.


Keselamatan dari segi penyimpanan data juga penting iaitu setiap maklumat dan info yang diperoleh atau ditaip mestilah di simpan dalam cakera padat atau pendrive. Ianya bertujuan untuk mengelakkan sebarang kehilangan data yang berlaku.


2 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page